My SilVer Life?
Haha..Mesti Korang pelik kan kenapa perkataan Silver ni selalu ada.
Kalu nak diikutkan..aku lebih suka warna hijau, sebab hijau nih memberikan ketenangan dan mampu menyejukan mata kalu aku dah mengadap laptop lebih dari 5 jam ke atas.
Bagi aku, Silver adalah campuran warna hitam dan putih. Tapi ye bukan macam warna kelabu yang nampak pudar je. Warna ni menarik sebab die ada "Shine"..berkilau-kilau..haha aku x reti nk definite tapi harap2 korang faham maksud aku.. =)
Warna ni juga aku boleh kaitkan ngan keadaan hati kita. Sebab manusia bukan lah perfect serba serbi ngan tidak membuat dosa apa sumer. Sebab kita bukan dilahirkan macam Nabi Muhammad S.A.W yang hatinya dicuci untuk menjadikan dia seorang yang maksum. Sebagai manusia, aku pasti setiap hari, akan ada jugak satu dosa dicatat walaupun kita tidak menyedarinya.
Aku juga antara manusia itu. Sentiasa melakukan dosa samada aku sedar ataupun tidak. Oleh sebab ini warna ini akan terbayang di fikiranku. Ha ha, mesti korang pening kan ngan apa yang aku cuba nk sampaikan ni.^^
Pada pandanganku, warna Silver ini membayangkan hatiku yang penuh dosa dan mungkin kebaikan yang dibuat setiap hari. Kan pada mulanya aku tulis diatas warna ini bagaikan warna kelabu tetapi ditambah ngan kilauan. Jadi anda boleh membayangkan warna hitam itu adalah dosa dan putih itu adalah kebaikan..
Jadi, kenapa aku x pilih warna kelabu?
Hurm, sebab x ada kilauan. Bagi aku kilauan itu menunjukan usaha untuk menampung kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan. Boleh dikatakan kilauan itu adalah amalan sunat yang dilakukan untuk menghapuskan dosa yang pernah dilakukan.
Oleh sebab itu aku sentiasa meletakan perkataan silver itu di belakang namaku, dan juga untuk blog yang baru dibuka ini. Bukanlah mudah untuk menjadi seperti yang ku inginkan kepada hati ku, tetapi akan ku usahakan sehingga ke tahap itu^^..
Setakat ini sahaja dulu nukilan ku, sebagai introduction kepada diriku sebagai insan biasa. Sebab lain aku tulis ini sebagai perkenalan diri adalah kerana ramai kawan2 ku bertanya tetapi aku x dapat menjawab kerana warna ini memberi makna yang sangat mendalam kepada diriku.
p/s: Kepada kawan2 ku, harap post ni dapat memberikan jawapan kepada persoalan yang korang sering tnya kepadaku :)